Dato Azwan Aboo Mansor

Ini antara pelanggan saya paling lama saya mengenali beliau, tahun 2009.

Dato Azwan adalah seorang usahawan dalam sektor perancang pengurusan kewangan dan pelaburan. Saya mengenali beliau seawal saya baru setahun jagung dalam automotif industri sewaktu saya bekerja di sekitar Jalan Genting Kelang Setapak.

Pada masa saya mengenalinya, beliau belum lagi dianugerahkan pangkat Dato’. Seorang yang berwatak plegmatic

Tahun 2009, pada masa perkenalan kami, beliau memandu sebuah kereta jenis Toyota Estima dan beberapa kereta model yang lain. Sepanjang tahun kami hanya berhubung berkenaan dengan isu kereta yang hendak dibeli. Tiada transaksi jual beli kereta yang berlaku antara kami sehinggalah pada tahun 2014.

Tahun 2013 saya berjaya menjual sebuah kereta BMW 528i 3.0 F10 warna putih tahun 2010. Pada tahun tersebut, BMW diantara model kereta yang terbaru dan paling laris.

Saya tidak sempat untuk bergambar dengan beliau, maklumlah ketika ini media sosial belum menjadi tumpuan seperti sekarang.

Dunia Permotoran

Dalam tahun yang sama, selang beberapa bulan saya menjual lagi pada beliau sebuah kereta jenis Mercedes Benz C250 Coupe AMG warna merah tahun 2013

Memandangkan beliau sangat suka tentang dunia permotoran, anak sulungnya Azim juga dihantar melanjutkan pendidikan dalam bidang permotoran.

Sejak berurusan jual beli kereta dengannya, beliau kerap datang ke showroom saya hanya semata-mata untuk berbual dan minum kopi.

Kami menjadi rapat dan selalu berjumpa berbual tentang dunia kereta. Kebetulan kami berjiran dalam satu kawasan dan selalu berselisih.

Pada tahun 2015, beliau membeli lagi dengan saya kereta jenis Mercedes Benz S400L Hybrid AMG warna hitam tahun 2013.

Beliau memilih membeli kereta ini kerana terlalu sibuk dan untuk diberikan kepada driver, kereta ini jenis panjang dan memang untuk dipandu oleh driver dan beliau duduk di kerusi belakang.

Pada ketika ini beliau telah dianugerahkan pangkat Dato’. Sentiasa segak ketika datang bersantai di showroom dengan blazer.

Tahun 2016, ketika anak sulungnya telah tamat melanjutkan pendidikan, sekali lagi beliau menghadiahkan pada anak sulungnya sebuah kereta sport, Nissan GTR 35 warna putih tahun 2012.

Kereta anak muda, kereta koleksi dan idaman oleh semua golongan belia pada masa tersebut hingga kini. Orang kata, kereta bohjan lah!

Sepanjang kami berkawan, beliau sentiasa memberi sokongan sepanjang perjalanan saya sebagai seorang Salesman jalanan, dan sentiasa rekemen saya pada rakan-rakan beliau dan kejiranan membeli dan berurusan jual beli kereta dengan saya.

Jutaan terima kasih pada Dato’ Azwan kerana sentiasa memberi kepercayaan penuh pada LUXOTICARS!