Vijay

Pada tahun 2009, seawal-awal saya baru setahun jagung berkecimpung dalam industri automotif, Vijay adalah antara customer saya terawal membeli kereta dengan saya iaitu kereta Toyota Caldina 2.0 ZT 2005.

Ketika ini maklumlah saya masih baru lagi berurusniaga dengan customer, jadi pelbagai masalah saya hadapi dan saya tak boleh selesaikan dengan baik. Masa ini saya dan Vijay pun belum mendirikan rumah tangga, masing-masing darah panas. Hampir bergaduh dengannya, siapa tak marah kalau tunggu kereta sampai 3 bulan, mood pun boleh hilang untuk memiliki kereta baru.

Toyota Caldina pada tahun tersebut memang sedang menjadi trend anak muda dan glamor, masa ini media sosial belum menjadi lubuk untuk ditayangkan kemewahan dan flex segala macam kereta.

Perkenalan

Vijay pada tahun ini hanya memiliki sebuah kereta Honda kalau tak silap. Bekerja dalam bidang perkapalan dan logistik. Saya mengenali beliau adalah melalui rakannya Gopi, Gopi juga membeli dengan saya Toyota Caldina 2.0 ZT.

Saya mengenali Vijay melalui Gopi yang introduce kepada saya untuk membeli kereta tersebut.

“Kau cari Abu, aku beli Caldina dengan dia sebelum ini, kereta memang elok dan cantik”- Ujar Gopi.

Setelah sekian lama menunggu kereta idaman, akhirnya berjaya. Kereta dah keluar, apa yang kami berselisih sebelum itu menjadi neutral semula, orang dah dapat kereta, daripada panas boleh bertukar menjadi sejuk.

Senyum pun terukir bila nampak kereta baru!

Rekemen

Vijay seorang yang terburu-buru dan sangat workaholic. Hingga ke hari ini semasa saya sedang mencoret kenangan mengenai beliau, beliau tidak putus-putus menghubungi saya dan rekemen semua rakan-rakannya membeli kereta dengan saya.

Puji Syukur atas kepercayaannya pada LUXOTICARS!

Pada tahun 2012, beliau membeli kereta kedua dengan saya iaitu BMW 525i SE E60 tahun 2009 warna silver kalau tak silap.

Perniagaan beliau semakin maju. Urusan yang mudah kerana kami sudah rapat, jadi urusan tersebut lebih santai. Macam biasa servis saya akan deliver depan pintu, saya deliver kereta tersebut di Port Klang Oldtown Coffee, malam selepas office hour.

Tidak semua customer saya akan deliver depan pintu, kalau pada bulan itu saya jual banyak memang tidak sempatlah nak melayani semua. Maaf!

Tahun 2014 kalau tidak silap, kereta ketiga. Vijay menghubungi saya

“Bro, u have 523i F10 M-sport in hand?”

Ada dua perkara jika customer call secara tiba-tiba samada kereta ada problem atau ingin menukar kereta. Saya jawab,

“U are lucky man! I got 1 unit Dark Blue just arrive, come and have a look bro!”

Ketika ini Vijay hendak menjual BMW E60 lamanya.

“Wow cepatnya tukar kereta bro!”

Kali ini urusan dengan beliau agak kelam-kabut kerana kereta lamanya E60 tidak dapat dijual. Vijay menjual pada sepupunya. Barulah BMW F10 dapat keluar. Sempat bergambar bersama bakal isterinya. Sekarang sudah menjadi isteri.


Pada tahun 2017, setiap 2 tahun dia tukar kereta, ini kereta keempat. Vijay call lagi,

“Bro any C-class in stock?, i don’t want black ya”

Kali ini untuk isterinya, kereta Mercedes Benz C180 AMG 2011 W211 warna silver. Masa ini paling mudah dan cepat berurusan, kerana kami sudah betul-betul menjadi kawan. Order sahaja pasti ada, tidak pernah saya kata tiada stock.

Number plate sempena namanya “VJ”.

Saya kongsikan disini gambar kenangan bersama isteri tercinta. Masa ini era modern, media sosial menjadi pilihan untuk kongsikan bukti gambar delivery.

Tidak lama kemudian. Tahun 2018. Ini unit kelima, Vijay call lagi.

“Bro, im looking for Mercedes A-Class for my sister in-law, ada tak?”

“Bro, kalau u call, tak pernah saya kata takde stock.. hahaha!”

Satu family datang di showroom saya, meriah jadinya. So, kakak iparnya membeli kereta dengan saya Mercedes Benz A180 AMG 2013 warna putih. Ini sahaja sempat saya videokan di Youtube Bigbadassboysv10. Video pendek, mula-mula nak start Youtube! Saya kongsikan disini.

Dalam tahun yang sama 2018, rakannya Kantha Raj yang mana satu ketika dulu pernah cuba membeli kereta dengan saya tetapi gagal atas beberapa faktor yang tidak boleh saya sebut disini.

Saran Raj adik kepada Kantha Raj membeli dengan saya kereta Toyota Vellfire 2.5 ZG Full Specs 2016 warna putih. Saran muda lagi ketika ini, biasalah berurusan dengan orang muda semuanya tergesa-gesa nak cepat.

Hingga bapanya seolah-olah memahami keadaan saya melayani anaknya cukup huru-hara. Ketika deliver kereta terebut, bapanya memberi tips pada RM300,

“Abu take this, well done! I suka deal dengan u, u orang baik, i know my son ask u so many things”. Kata bapanya.

Kantha Raj seorang ahli perniagaan dalam bidang Medical Supplier dan memiliki Restoran Rikhsha di Bangsa, sesiapa yang terbaca di sini, boleh singgah makan tengahari. Sedap!

Toyota Vellfire 2.5 Z Type Modelista 2018

Pada tahun ini 2023, unit keenam. Vijay call lagi.

“Bro, can help me to do the loan for my friends? He’s looking for Toyota Vellfire 2.5 Z Type Modelista 2018, black”

Kawannya Gobinath dari Kedah Sungai Petani. Katanya loan yang dipohon oleh rakannya semua tidak berjaya. Sampai di tangan saya jadi lulus pulak. Saya study casenya, dimana yang sesuai untuk saya submit sampai lulus.

Akhirnya impian rakanya tercapai memiliki Toyota Vellfire 2.5 Z Type Modelista 2018 warna putih. Gembira tidak terkata, katanya, pergi di dealer lain semua tidak dilayan, beli di LUXOTICARS dilayan dengan baik hingga dapat memilikinya. Saya kongsikan gambar disini.

Tumbler

Selama lebih 10 tahun saya berkawan dengan Vijay atas urusan jual beli kereta, dari bujang hingga berumah tangga. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada beliau kerana memberi keprcayaan penuh pada LUXOTICARS!